Wednesday, March 16, 2011

Pleasure Trip


Assalamualaikum...


Saje saya letak tajuk kat atas ni sebab nama saya membawa maksud yang sama dengan tajuk tersebut dalam bahasa Arab.. agaknya sebab tu la saya suka sangat makan angin... tak kisahlah makan angin kat mana pun, dekat boleh, jauh pun boleh... bila kita banyak duit lagi jauh kita boleh melangkah pergi untuk makan angin kan... pepatah pun ada mengatakan jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengalaman... Saya tak kisah menghabiskan duit untuk makan angin, bukan sekadar hobi tapi dah jadi macam aktiviti wajib terutama bila ada peluang untuk bercuti dan semestinya bila poket saya agak mengizinkan...

Apabila kita merancang untuk pergi makan angin, banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan, antaranya pengangkutan, penginapan, makan minum dan lain-lain lagi... yang paling utama tentulah budgetnya mesti mencukupi untuk destinasi yang kita pilih... kadang-kadang kita tak perlukan budget yang besar, asalkan kita bijak meminimumkan kos, kita dah boleh makan angin... lihat saja cara mat saleh hippies mengembara ke seluruh dunia, dieorang cuma bawa backpack je pun, tak ngangkut banyak barang cam kita nak buat rombongan cik kiah tapi masih boleh mengembara ke serata ceruk dunia... aper pun rancanglah percutian yang terbaik mengikut keselesaan anda...